Kisah kitab Bible Judas_Iscariot

"Kucupan Judas" (1866) oleh Gustave Doré.

Judas disebut dalam Gospel sinoptik, Gospel John dan pada permulaan Acts of the Apostles.

Mark menyatakan bahawa ketua-ketua paderi mencari jalan sembunyi untuk menangkap Jesus. Mereka memilih untuk tidak berbuat apa-apa semasa majlis santapan kerana mereka khuatir orang ramai akan merusuh; sebaliknya mereka memilih malam sebelum majlis bagi menangkapnya. Dalam Gospel Luke, Syaitan merasuk Judas pada waktu ini.[6]

Mengikut pengisahan Gospel John, Judas membawa kantung wang para hawari.[7]. Judas mengkhianati Jesus dengan suapan sebanyak "tiga puluh keping perak",[8] dengan memperkenaalkannya dengan kucupan — "Kucupan Judas" — kepada tentera Ketua Paderi, Caiaphas, yang kemudiannya menyerahkan Jesus kepada tentera Pontius Pilate.

Kematian

Terdapat beberapa pemerian tentang kematian Judas, dan dua daripadanya dimuatkan dalam kanun kitab Bible moden:

  • Matthew 27:3–10 berkata bahawa Judas memulangkan wang kepada para paderi dan menggantung dirinya. Para paderi kemudiannya menggunakan wang bagi membeli tanah perkuburan (Potter's field). Gospel menggmbarkan ini sebagai pelunasan satu ramalan.[9]
  • Bab Acts of the Apostles menyatakan bahawa Judas menggunakan wang untuk membeli sebidang tanah, akan tetapi terjatuh kepala dahulu, dan "terbelah ketika itu dan ususnya terkeluar". Padang ini digelar Akeldama atau "Lapangan Berdarah".[10]
  • Gospel Judas yang bukan kanun menyatakan bahawa Judas mendapat impian bahawa para hawari merejam dan menindasnya.[11]
  • Satu lagi kisah yang disimpan Papias, seorang ketua awal Kristian, menyatakan: "Judas berjalan di dunia ini sebagai contoh sedih orang yang tidak warak; tubuhnya mengembang sehinggakan dia tidak melepasi tempat yang dapat dilepasi sebuah rata dengan mudah, dia dirempuh rata, jadi ususnya terkeluar."[12]

Pengisahan bercanggah

Kehadiran kisah kematian Judas yang bercanggah menimbulkan kesulitan kepada para sarjana yang melihat percanggahan itu sebagai satu ancaman kepada kesahihan Kitab Bible.[13]Masalah inilah yang menyebabkan penolakan bahawa "setiap pernyataan dalam Bible pasti kebenaran sejarah", misalnya oleh CS Lewis.[14] Terdapat beberapa percubaan penyeragaman Gospel dibuat, seperti usaha Augustine bahawa Judas menggantung diri, dan tali gantung putus, dan kejatuhan menyebabkan tubuhnya merekah,[15][16] ataupun bahawa pengisahan Acts dan Mathew sebenarnya merujuk kepada dua transaksi berlainan.[17]

Beberapa sarjana moden menolak pendekatan sedemikian[18][19][20] dengan menyatakan bahawa ramalan Matthew ialah sebuah pernyataan midrash yang membenarkan pengarangnya menyampaikan sesuatu kejadian sebagai pelunasan sesuatu ramalan Perjanjian Lama. Mereka berhujah bahawa pengarang menambah perincian imaginatif seperti 30 keping perak, dan penggantungan diri, yang tersandar kepada pengisahan kematian Judas yang lebih awal.[21]

Rujukan Matthew kepada kematian Judas sebagai pelunasan ramalan yang "diungkapkan melalui Jeremiah, seorang nabi" menimbulkan kontroversi, kerana ia memparafrasakan sebuah cerita daripada Book of Zechariah (Kitab Zechariah) [22] yang merujuk kepada pemulangan 30 keping perak.[23] Beberapa penulis, seperti Jerome dan John Calvin menyimpulkan bahawa ini sebuah kesilapan ketara.[24] Beberapa penulis moden menyarankan bahawa penulis Gospel mungkin memikirkan kutipan daripada Jeremiah,[25] seperti bab Jeremiah 18:1–4 dan Jeremiah 19:1–13 yang merujuk kepada balang tukang tembikar dan tempat pengebumian, dan bab Jeremiah 32:6–15 yang merujuk kepada satu tanah perkuburan dan balang tanah liat.[26]

Randel Helms menulis, "Hakikat yang Matthew 27v9 memikirkan bahawa kutipan yang ditulisnya datang daripada Jeremiah menunjukkan bahawa dia telah menyimpang daripada amalan biasanya—terutamanya apabila mengguna Mark—memeriksa ketepatan sumber rujukan Perjanjian Lamanya. Sumber Matthew mengadunkan pembelian sebidang tanah dan peletakan surat ikatan ke dalam balang Jeremiah dengan pembuangan 30 keping perak di dalam kuil dan pembelian Potter's Field Zechariah. Cerita tindakan Judas selepas pengkhianatan merupakan satu yang contoh yang mendedahkan penggunaan rekaan dan imaginasi terhadap Perjanjian Lama sebagai sebuah buku tentang Jesus."[27]

Bukti tambahan bahawa cerita Judas tidak terdapat dalam dokumen awal Kristian disimpulkan daripada dasar Matthew 19:28 dan Luke 22:28–30. Di sini, Jesus memaklumkan hawari bahawa mereka akan "duduk di atas 12 takhta dan menghakimi 12 puak Israel." Tiada pengecualian dibuat bagi Judas walaupun Jesus maklum akan pengkhianatan yang akan dilakun Judas. Jawapan mungkin terletak dalam hakikat bahawa sumber ayat-ayat ini berkemungkinan Dokumen Q hipotesis (QS 62). Difikirkan Q mendahului Gospel dan merupakan satu daripada dokumen Kristian terawal. Memandang kebarangkalian ini, cerita pengkhianatan Judas ini mungkin direka oleh penulis (Gospel) Mark.[28][29][30]

Gospel Barnabas

Mengikut salinan-salinan terawal (salinan terawal daripada abad ke-15) Gospel of Barnabas, Judas lah yang disalib dan bukan Jesus. Karya ini menyatakan bahawa raut mukanya bertukar menjadi serupa wajah Jesus, apabila yang pertama (Judas) itu mengkhianati yang kedua (Jesus) dan membawa tentera Rom menangkap Jesus yang pada ketika itu sudah naik ke langit. Pertukaran wajah ini sungguh sama sehinggakan pada mulanya Maryam, ibu Jesus, terfikir bahawa yang ditangkap dan disalib itu Jesus sendiri. Gospel kemudiannya menyayatakan bahawa jasad Judas dicuri dari kuburnya selepas tiga hari dan selepas itu timbullah berita angin bahawa Jesus dihidupkan kembali. Apabila Jesus diberitahu di langit ketiga tentang apa yang telah berlaku, beliau berdoa kepada Tuhan agar dihantar pulang ke dunia, dan turun ke dunia serta mengumpulkan ibu, hawari dan pengikutnya, dan memberitahu mereka kebenaran tentang apa yang telah terjadi. Jesus kemudian naik ke langit, dan akan pulang pada akhir zaman sebagai seorang raja yang adil.

Rujukan

WikiPedia: Judas_Iscariot http://www.biblegateway.com/passage/?search=acts%2... http://books.google.com/books?id=Hhv_lx9wSXIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=c9K_6NN3llcC&pg=P... http://www.hellandjustice.com/romans_josephus.htm http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=671&l... http://www.nationalgeographic.com/lostgospel/pdf/G... http://www.nytimes.com/2007/12/01/opinion/01deconi... http://www.lieberknecht.de/~diss/papers/p_judas.ht... http://academic.shu.edu/btb/vol35/06Reed.pdf http://www.inu.net/skeptic/